Wednesday, August 29, 2012

Cerita Beraya di Yonezawa

Assalamualaikum wbt.

Masih mood beraya lagi ke semua orang? Alhamdulillah yang dah start puasa 6 syawal or dah habis dah pon puasa 6 syawal :D Sugoi ne! (Hebat nya!) Saya tak tahu lah berkemampuan ke tak nak berpuasa 6 syawal ni. Puasa ramadhan baru baru ni pon x penuh jugak. Atas sebab sebab kesihatan and nasihat doktor. So, ada laa tinggal puasa. Huhu. Nak buat macam mane kan. Kesihatan saya dan bayi lagi penting :)

Konon nya nak bercerita pasal first time beraya di Jepun, and first time beraya sebagai suami isteri, tapi tak tahu lah apa yang nak diceritakan. Hihi. Yang pastinya, jauh sgt bezanya pengalaman beraya di Adelaide tempat saya belajar dulu, dengan beraya di Yonezawa tempat saya stay sekarang. Kemeriahan lebih dirasai di Adelaide sebab komuniti masyarakat islam di sana lagi ramai, in other words, ramai sgt muslim malaysia kat sana :) Kadang kadang tak rasa mcm kat perantauan pon hehe. 

Kat Yonezawa ni plak, disebabkan kekurangan ahli utk menyambut hari raya ni, semua pon kena  buat sendiri and secara kecil kecilan. Open house pon tarak! Yer laaa, yg berfamily kat sini pon, saya&suami and kak as sekeluarga jer lah. Kih3. Yang lain semua nya budak2 laki yang students kat sini. Cuma raya pertama malam tu, kami buat laa open house konon2 nya, ada nasi dagang and nasi minyak sket as main menu and ada lg menu2 tambahan lain yg dibawa sendiri oleh tetamu. Tak pernah lg tetamu datang beraya bawak makanan utk tuan rumah. Haha pon boleh laaa :P

Ada kejadian yang agak mendebarkan sebenarnya berlaku pada pagi 1 syawal tu sebenarnya. Hehehe, tapi nanti saya cerita kemudian lah. Kih3. Doakan moga urusan bersalin saya nanti dipermudahkan, inshaAllah. Sekarang ni 38minggu 4hari. Kalu ikut due date lebih kurang 2 minggu lagi lah :) Risau plak takut overdue. Huhu lama nya nak kena tunggu :(
Doakan yer :)

Ok, entry is getting tedious!

layan gambar je la eh, walaupon byk dh upload kat facebook :P













bubye
Ahlami

2 comments:

LynnAiza said...

selamat hari raya kak ami.

semoga dipermudahkan nanti.insyaAllah.cant wait for le baby.hehe.baby jepunnn. ;p

Tepi Sungai Batu said...

Nasi dagang tu........jjadi molek tu.
Selamat Hari Raya.