Monday, September 03, 2012

Ma & Uming

Assalamualaikum wbt.

Di waktu sarat mengandung ni, ingatan saya tak pernah putus pada Ma saya. Rasa macam tak baik sangat mengeluh sakit sana sini. Penat nak buat ni, penat nak buat tuh. Tak boleh buat kerja rumah tu, tak boleh buat ni. Macam macam lagi lah. Terasa apa sangat laaaahh yang saya hadapi ni kan. 

Ma melahirkan 10 orang anak. Eh, sebenarnya 11 orang anak. Tapi anak ma yang ke 9, yang lahirnya cukup sifat, tidak panjang umurnya. Meninggal sebaik sahaja dilahirkan kalau tak silap saya. Atau meninggal sewaktu masih dalam rahim saya tak pasti. Tapi dah cukup sifat la, sebab nama arwah abang saya tu ialah Yusof. So, kadang kadang saya terpikir la kan, ma beranak pon ada yang rapat rapat beza 1 tahun, anak kecik lagi, lepas tu mengandung plak yang baru. Tapi itu laa orang kata, sifat sabar mengatasi segala galanya. Mungkin di hati ma waktu tu, ini ialah rezeki yg Allah bagi. Rezeki. Rezeki. Alhamdulillah. 

Ingatan saya juga tidak lupa kepada ibu mertua saya, yang kami panggil Uming. Uming melahirkan 6 cahaya mata, dan suami saya adalah anak ketiga. Alhamdulillah uming sekarang sudah sihat daripada serangan stroke pada tahun 2006 kalau tak silap saya. Uming yang saya nampak sentiasa mendahulukan anak-anak dalam apa jua perkara. Suami saya pernah bercerita, kalau time pagi pagi nak gi sekolah, kat tangga pon uming suap lagi nasik ke mulut anak anak, sebab nak bagi anak-anak kenyang sebelum pegi sekolah. Huhu pengorbanan ibu.

Itu baru serba sedikit kita cerita mengenai kisah ibu ibu kita kan. Alhamdulillah dan tahniah kepada yg berjaya menjadi ibu solehah. Semoga saya pon dapat menjadi macam Ma & Uming suatu hari nanti. InshaAllah :)


saya, uming & ma :)

Bubye
Ahlami

Ps: Entri skema sket. Hehe rindu punye pasal:P