Friday, November 02, 2012

Of bercukur

Assalamualaikum.

Somehow rasa macam bersalah pulak sebab pernah berjanji dengan diri sendiri akan update every single important story bila dah bersalin. Cerita pasal anak la. Contohnya cerita bercukur kepala umur 7 hari.

Anyway, Alhamdulillah, mengikut sunnah nabi SAW, Khayra was successfully shaved by her nenek! Alhamdulillah. Betul betul masa umur 7 hari. My mom memang pakar bab cukur rambut baby baru lahir ni. Kan ada orang cakap gerun sebab kepala baby kan lembut lagi. Tapi my mom macam relax aje buat tu. Pengalaman la kan. Cucu pon dah 27 orang! Bulan 11 ni nak tambah lagi sorang! Hehe.

Oh yer, saya baru tahu rupanya. Kalau betul betul ikut sunnah, baby baru lahir tu kena cukur rambut dia sepenuhnya sampai botak. And rambut tu akan ditimbang ikut berat emas semasa. Then nilai harga emas tu disedekahkan kepada org yg selayaknya lah. Kalau banyak rambut nya, banyak lah sedekahnya. Tapi tak kisah, yg penting niat sedekah dan ikhlas kan hati. Banyak sikit biar Allah saja yang tentukan :)

Here are the pictures before and After Khayra bercukur.

Tapi sekarang rambut macam dah banyak balik dah. Alhamdulillah, rambut Khayra jenis yg agak cepat tumbuh kot.

.

Arigatou Tomino-san!

This entry is dedicated to our beloved friend, Tomino-san!
My husband used to work part-time (baito) in Post Office here in Japan with Tomino-san. She is such a lovely friend and a very kind-hearted woman. She did attend our wedding reception in Malaysia, flying all the way from Japan. I know that she enjoyed her time in Malaysia and wish to go to Malaysia again next time, probably for another wedding ceremony? 

Anyway, yesterday we received a special gift from Tomino-san :)

This is the gift :)

This is a letter for me. Thank you Tomino-san! Faiz helped translating all the words. I really appreciate your wishes to us :)

And this one has really made our day. This is a special card that she has made for us, as a congratulations greeting upon a new arrival of our baby. All those words were written and collected from some of their friends wishing us omedetou (congratulations!). They still remember Faizu-san! :)


 
This is Aisha's face expressions as of today, she is so happy the fact that tomorrow is weekend! And waiting for her Ayah to bring her jalan-jalan maybe? Hehe

To Tomino-san,
If you're reading this, we would like to say thank you very much for all the wishes. 
We wish you a life full of happiness and luck too! 
We hope that we will meet again someday, probably visiting Aichi-ken? Let's hope for that! And you are most welcome to visit here, in Yonezawa!

Monday, October 29, 2012

Ummi & Ayah

It's really been a while again since my most recent post. Just feeling guilty does not move your fingers to run on keyboards, in other words to update your blog. But you must have time and ideas what to blog about! Hihi see I am just wasting time here trying to point out the unimportant thing.

Yes, I have decided to let Aisha Khayra call me 'Ummi'. And my husband has chosen 'Ayah'. As simple as that :)

Being Ummi teaches you to be more organized about your time and work. As for me, delaying things to do will just make me end up being messy all day long. Having an infant that requires your full attention shapes you to be more punctual, and not to do things sambil lewa saja. Hehe. Well that is just my opinion.

Having Khayra in our life so far has taught us to be more bekerjasama. Alhamdulillah, I have a very very very very very helpful husband that always willing to do from A to Z house-chores. Thank you abang for everything! We love you so much! May Allah reward al of us with lots of khayr :)

Bubye
Ahlami

Thursday, October 04, 2012

Aisha Khayra


Alhamdulillah!

My husband and I are so happy and grateful to announce, our seed of love is finally here! 

A sweet little one has joined our home, a bundle of joy to call our own :) 

Someone tiny, someone very sweet, 
We would like for you to meet,


Aisha Khayra binti Faiz Adi Ezarudin,

Born on 11th September 2012, in Shimanuki Hospital, Yonezawa-shi.

Weight 3.85kg.

Proud parents, Ahlami & Faiz Adi :)


bubye
Ahlami

Ps: Will update the birth story soon! :)


Monday, September 03, 2012

Ma & Uming

Assalamualaikum wbt.

Di waktu sarat mengandung ni, ingatan saya tak pernah putus pada Ma saya. Rasa macam tak baik sangat mengeluh sakit sana sini. Penat nak buat ni, penat nak buat tuh. Tak boleh buat kerja rumah tu, tak boleh buat ni. Macam macam lagi lah. Terasa apa sangat laaaahh yang saya hadapi ni kan. 

Ma melahirkan 10 orang anak. Eh, sebenarnya 11 orang anak. Tapi anak ma yang ke 9, yang lahirnya cukup sifat, tidak panjang umurnya. Meninggal sebaik sahaja dilahirkan kalau tak silap saya. Atau meninggal sewaktu masih dalam rahim saya tak pasti. Tapi dah cukup sifat la, sebab nama arwah abang saya tu ialah Yusof. So, kadang kadang saya terpikir la kan, ma beranak pon ada yang rapat rapat beza 1 tahun, anak kecik lagi, lepas tu mengandung plak yang baru. Tapi itu laa orang kata, sifat sabar mengatasi segala galanya. Mungkin di hati ma waktu tu, ini ialah rezeki yg Allah bagi. Rezeki. Rezeki. Alhamdulillah. 

Ingatan saya juga tidak lupa kepada ibu mertua saya, yang kami panggil Uming. Uming melahirkan 6 cahaya mata, dan suami saya adalah anak ketiga. Alhamdulillah uming sekarang sudah sihat daripada serangan stroke pada tahun 2006 kalau tak silap saya. Uming yang saya nampak sentiasa mendahulukan anak-anak dalam apa jua perkara. Suami saya pernah bercerita, kalau time pagi pagi nak gi sekolah, kat tangga pon uming suap lagi nasik ke mulut anak anak, sebab nak bagi anak-anak kenyang sebelum pegi sekolah. Huhu pengorbanan ibu.

Itu baru serba sedikit kita cerita mengenai kisah ibu ibu kita kan. Alhamdulillah dan tahniah kepada yg berjaya menjadi ibu solehah. Semoga saya pon dapat menjadi macam Ma & Uming suatu hari nanti. InshaAllah :)


saya, uming & ma :)

Bubye
Ahlami

Ps: Entri skema sket. Hehe rindu punye pasal:P

Thursday, August 30, 2012

Atsui

Assalamualaikum wbt.

Atsui ni maksud nya 'panas'. Hehe saya budak baru belajar. Selama saya datang Jepun ni, baru beberapa kali pergi kelas nihongo sebenarnya. Oh yer, nihongo tu maksudnya 'bahasa jepun'. 

Anyway, yes, baru beberapa kali pergi kelas nihongo. Masa mula mula datang sini konon2 nya semangat la nak masuk nihongo class, lepas honeymoon tu, we found out that we're having a baby kan, lepas tu diikuti dgn morning sickness yg on off saya alami, so xdapat laaa saya nak masuk nihongo class. hehe alasan alasan. sebenarnya malas :P

Actually nak cerita lately ni weather agak panas. Yer, ini lah yg dinamakan 'natsu' iaitu 'summer' maksudnya. Kalau tengok kat luar tu macam mendung kan, tapi bila keluar rasa je  bahang panas nya. Xtau la datang dari mana panas nya tu. Subhanallah. Lain summer di Jepun and summer di Australia (lagi lagi nak compare ngn Aussie hehe). Panas sini kita akan kuat berpeluh. Tapi panas aussie ni panas kering, maybe jugak sebab Adelaide ni dikategorikan kawasan ala ala gurun gitu. Hehe. Alhamdulillah saya dapat experience dua jenis summer yg berbeza. Tapi kalau boleh xnak lama lama. Hehehe

Gambar takde kaitan dgn entri. Saje letak gambar masa ni pregnant 32weeks kalau x silap. Amik kat studio utk kenang kenangan. Anak first, excited nya lebih org kata. Hehe


Hari ni 38minggu 5hari usia kandungan. Baby, suka yer dok dalam perut ummi ni. Makin kutunggu nk beranak, makin laaama lagi rasa nak beranak. Huhu. Permudahkanlah ya Allah!

bubye
Ahlami

Wednesday, August 29, 2012

Cerita Beraya di Yonezawa

Assalamualaikum wbt.

Masih mood beraya lagi ke semua orang? Alhamdulillah yang dah start puasa 6 syawal or dah habis dah pon puasa 6 syawal :D Sugoi ne! (Hebat nya!) Saya tak tahu lah berkemampuan ke tak nak berpuasa 6 syawal ni. Puasa ramadhan baru baru ni pon x penuh jugak. Atas sebab sebab kesihatan and nasihat doktor. So, ada laa tinggal puasa. Huhu. Nak buat macam mane kan. Kesihatan saya dan bayi lagi penting :)

Konon nya nak bercerita pasal first time beraya di Jepun, and first time beraya sebagai suami isteri, tapi tak tahu lah apa yang nak diceritakan. Hihi. Yang pastinya, jauh sgt bezanya pengalaman beraya di Adelaide tempat saya belajar dulu, dengan beraya di Yonezawa tempat saya stay sekarang. Kemeriahan lebih dirasai di Adelaide sebab komuniti masyarakat islam di sana lagi ramai, in other words, ramai sgt muslim malaysia kat sana :) Kadang kadang tak rasa mcm kat perantauan pon hehe. 

Kat Yonezawa ni plak, disebabkan kekurangan ahli utk menyambut hari raya ni, semua pon kena  buat sendiri and secara kecil kecilan. Open house pon tarak! Yer laaa, yg berfamily kat sini pon, saya&suami and kak as sekeluarga jer lah. Kih3. Yang lain semua nya budak2 laki yang students kat sini. Cuma raya pertama malam tu, kami buat laa open house konon2 nya, ada nasi dagang and nasi minyak sket as main menu and ada lg menu2 tambahan lain yg dibawa sendiri oleh tetamu. Tak pernah lg tetamu datang beraya bawak makanan utk tuan rumah. Haha pon boleh laaa :P

Ada kejadian yang agak mendebarkan sebenarnya berlaku pada pagi 1 syawal tu sebenarnya. Hehehe, tapi nanti saya cerita kemudian lah. Kih3. Doakan moga urusan bersalin saya nanti dipermudahkan, inshaAllah. Sekarang ni 38minggu 4hari. Kalu ikut due date lebih kurang 2 minggu lagi lah :) Risau plak takut overdue. Huhu lama nya nak kena tunggu :(
Doakan yer :)

Ok, entry is getting tedious!

layan gambar je la eh, walaupon byk dh upload kat facebook :P













bubye
Ahlami

Thursday, August 16, 2012

From loved ones :)

Assalamualaikum wbt.

Entri khas untuk menghargai pemberian kad raya from my loved ones.

First, we received this card, from my sister, Kak Ja all the way from Keningau, Sabah :)

Then, we received this greeeeen card all the way from Gombak, tak lain tak bukan,
from my second sister, Kakngoh :)

On the same day too, we were inspired and cherished by this kad raya yang siap nyanyi lagu raya, from my bestie, Wan Nor Dalila :) Ila ni kawan saya since darjah 1 lagi, sampai laa sekarang :) Dia pon grad Jepun jugak, but now dah back for good, and working in Rohm Waco, Kelantan :) Actually kad ni diselitkan dalam special delivery parcel untuk kami. Hehe kisah parcel tu nanti cerita kat entri lain eh :)

And last but not least, we've got this card from my home sweet home, dari ma abah and my Adek. Sebenarnya my adek laa hok jong tulis nyo. hehe.

Alhamdulillah. Kad raya tanda ingatan kita pada yg tersayang walau jauh dan tak bersua muka di hari raya. Kami pon ada hantar kad raya jugak kat family di Malaysia, tapi bukan semua. Hehe. Apa2 pon, up till today, I still prefer kad raya, than SMS, or online raya wish (other options), because kad raya is something that you put an extra effort on how to express your thoughtfullness and appreciation towards your loved ones. Anyway, yg penting hati kena ikhelass! Hehe

bubye
Ahlami

Monday, August 13, 2012

Salam Perantauan Lagi *entri shy shy cat*

Assalamualaikum wbt.

Huhu baru je buat entri Salam Perantauan a few days ago, harap harap tak masuk laa salam perantauan paper berita harian, alih alih, alamak! Masuk jugak rupe nyer. Huhu bangun tido pagi tadi tiba tiba encik suami tunjuk gambar kami masuk paper berita harian. 

Alahaii terima kasih la pihak berita harian sebab pilih gambar kami. Rezeki kami and termasuk baby dalam perut ni kot agaknya dapat masuk paper. Kami hantar berita harian and utusan je. Nasib baik hantar dua je. Kih3 perasan plak :P

Inilah rupanya gambar kami dalam paper berita harian. Tema snow sebab gambar ni diambil masa saya ikut suami outstation di Yonezawa, February 2012 yang time tu sangat lahh horror snow nya. Tebal and sgt heavy snowing! Terkejutt and agak 'daghak' lah oghe kelate sebut bagi saya. Hehe Adelaide takde snow setebel tu yer :P

Bubye
Ahlami

Ps: Selamat mengejar lailatul qadr. Top gear please :)

Friday, August 10, 2012

Al-kisah Expectant Mother

Assalamualaikum.

Warning. Entri ni banyak gambar tau. Hehe saje je nak share serba sedikit pasal buku report mengandung ibu & bayi kat Jepun ni. Tiba tiba semangat plak nak berkongsi. Hehe. Saya takde pengalaman bersalin di Malaysia (obvioulsy kot Ahlami, since this is your first pregnancy hehe). So saje la nak share yang Jepun punya.

Ni buku report ibu&bayi kat sini. Lupa dah dalam nihongo (bahasa jepun) dia panggil apa. Kang salah sebut terbelit lidah saya nanti. Hehe
Kat dalam tu, ada laaa report untuk setiap kali check up. Awal awal pregnancy dulu sebulan skali je check-up, then 2 minggu sekali. Now dah seminggu sekali (saya dah nak masuk 36 minggu).

And setiap kali check up, kat sini mmg dia akan scan. So, memang baaaaanyak sgt gambar scan baby yang kami dapat. Huhu. Dengan itu, pihak hospital mmg bekalkan buku ni, untuk kita tampal gambar2 baby yang telah di scan. Setakat ni kami dah guna 2 buku. Rasanya sampai 2 buku je kot till beranak nanti

Ni masa awal2 pregnancy dulu. Baby kecik sangaaaaaaat lagi. Hehe

 And the baby is getting bigger. Ni masa 5 bulan kot.

Kami juga dibekalkan CD, setiap kali scan, doktor akan rekod. So, everything is in this CD. Boring2 bleh laa tengok baby. Pasang je kat DVD hehe.

Ni gambar 4D yang paling cantik rasanya yg berjaya doktor captured. Time ni dah 30+ weeks pregnant. Just tak ingat the exact date. Hehe.

So far, Alhamdulillah. Setakat ni semuanya baik baik sahaja. Cuma last check-up, doktor cakap baby agak besar (dalam bahasa jepun, 'ooki'). Hehe tapi taktahu la betul ke tak kan, sebab tu sekadar estimation. Doa yang baik baik aja. Semoga dipermudahkan urusan saya bersalin nanti, inshaAllah :) Doa banyak2, tambah tambah bulan puasa ni kan :)

bubye
Ahlami

Salam Perantauan


Jeng jeng jeng!


Hihi, tak sangka la plak masuk paper gambar salam perantauan kami nih. Hajat di hati malas dah sebenarnya nak menghantar gambar ke Utusan Malaysia/Berita Harian/Metro dan sebagainya. Tapi, encik suami laaa yang bersungguh sungguh nak hantar. Semangat plok tok laki ambo nih. Masa kat Adelaide dulu semangat laa jugak nak hantar salam perantauan ni. And pernah laa masuk 2 or 3 kali kot paper rasanya laa. Huhu. Anyway,  gambar ni baru je hantar sebenarnya, then a few days later, dah masuk dah. Mula2 tu kawan saya laa yang bagitau ada nampak gambar ktorng dalam paper. Ingatkan masuk online je. Ehhhh, masuk suratkhabar terus rupanya. Alhamdulillah :) Untuk tatapan family di kampung sbenarnya tu :) Tanda ingatan tulus ikhlas dari kami di bumi sakura ni :)



Iftar di Kaikan

Assalamualaikum :)

Sudah 20 hari kita berpuasa kan. Kejap lagi nak bersahur untuk puasa hari ke 21 pulak. Macam mane ibu ibu mengandung di luar sana? Masih bertahan lagi kah? Eh, tetiba plak tanya pasal ibu mengandung aje kan. Hihi. Saje jer :P

Anyway, ni nak cite pasal minggu lepas punye event. Last saturday, saya dan suami ada wat majlis iftar kat kaikan (asrama/international house) untuk warga malaysia kat Yonezawa ni. Ada laa dalam 30 orang yg hadir termasuk kami. Dalam 30 orang tu ada 2 family, and selainnya ialah students kat sini lah. Alhamdulillah, berjaya buat nasi kerabu ayam bakar sebagai main dish. Lain lain makanan, pau/roti sambal (sponsored by kak as), 2 jenis kek yg di sponsor oleh Iskandar & Hafiz, mix koktail with custard dan juga bubur jagung & sagu. Alhamdulillah, makanan semua nya cukup, dan takde pembaziran yg berlaku :) Tapi selaku host, agak cuak sebenarnya takut makanan tak cukup. Al maklum lah, students tu ramai lelaki, 2 org je perempuan. Hihi so portion utk org laki makan ni biasanya byk la sket kan compared to org prempuan. Hehe tp alhamdulillah cukup :)

Saya nak ucapkan terima kasih utk kak as sefamily yg sgt byk tolong bg pinjam barang, dan sumbangkan tenaga dan macam2 lagi. Terima kasih kat students jgk banyak tolong. Lepas sudah makan and solat semua, diorang siap tolong basuh periuk belanga tu semua haaaa. Kagum rase! Org laki pon rajin tauu :) Thenkiuu thenkiu! Maaf jgk sekiranya ada kekurangan apa2, atau ketidaksedapan makanan yang ambo masok. Huhu. Seriously rase mcm nak terberanak pon ada masak utk ramai2 ni. Hihi tp masih dpt control myself. Kat Adelaide dulu lain la, ada ramai geng! Hehe. Anyway, yg paling nak beterima kasih mestilah encik suami tercinta, semua benda dia buat. Hihi dgn gigihnya membakar ayam terutamanya :) Love you laaa abg!

Disebabkan kesibukan memasak dan prepare the food, x sempat nak amik gambar ramai-ramai. Ada la sket gmba ni haaaa, tu pon org lain yg amik. Hihi. InshaAllah ada rezeki kita bleh wat makan2 mcm ni lagi kan. Raya nanti la plak :)




Bubye
Ahlami

Friday, August 03, 2012

That day

That day. That special day. That most unforgettable day. 
I might have forgotten to value and appreciate every little detail small things that each of my family members, each of my best friends that had been helping the day became alive and meaningful. 

I was browsing my niece's photo album, and there are 3 photo albums which composed of my wedding event photos. The akad nikah, the reception at my home sweet home in Kampung Penambang and sambut menantu in Pasir Mas :) MashaAllah, how I miss those moments that we have shared and cherished together. Together as family. This is one of the nikmat that Allah has given to me, given to us, to appreciate. And sometimes I feel guilty for not being thankful and grateful enough for this, and more. Astaghfirullah. 

I realized that my 4th sister, Kak Lah had arranged all my nieces to wear pink-purple based dress code, and they did look lovely on that day. So sweet, my blossoms ! :) They are always sweet :)

And the nephews, they were all in blue! Actually, it was me, who had decided and officially announced that the boys had to wear blue, and the girls must be in pink. So there you go, it might be not all perfect all the way through, but at the end of the day, I say thank you Allah for that moment, for that day :) It was all perfect to me.


My pretty blossoms in pink :)

The guys in soft blue

Muaz and Wazif looking very handsome in blue kemeja :)

My cousin, Hasifah and my adek's friend, Sakinah pon pakai pink jgk :)

Full house ! Alhamdulillah cukup 10 adik beradik. 
 

 In-laws supposedly pakai pink belacan :P tapi ni sgt okay dah !

My besties pon, when I told them to wear yellow-brown colour, they happened to appear just what I had imagined ! Except Puan Ibtisam ! Hihihi

My pengapits, Elly and Wahida looking great in white kaftan. Lawa kan?

That girl in black jubah that I heart so much. 
Semua kerja dia buat ! Tolak jadi tok kadi je kot. Hihi


Oh syukran ya Allah. Alhamdulillah. InshaAllah, semoga bertemu lagi yer wahai family terchenta, dan my besties !

Bubye
Ahlami

P/s: Hari ni buat chicken chop terlebih masin sauce black pepper nya. Sobs3. Sabor jer laaa encik suami yer :P

Tuesday, July 31, 2012

biah solehah

Assalamualaikum wbt.

Hi everyone :)

How have you been treating your special guest, Ramadhan? Is it good? Is it getting better? If it is, Alhamdulillah. this will bring you to a higher level as a muslim, inshaAllah.

Anyway, yang saya perasan, kalau bulan ramadhan tiba, semua orang akan berluma-lumba nak buat baik kan. nak bersedekah, nak melakukan amalan sunat, nak semayang berjemaah, nak jamu org makan iftar. Alhamdulillah. semoga kita semua pon tergolong dalan golongan tersebut :) Inshaallah, ijazah taqwa boleh jadi milik kita. Tapi hanya Allah yang tentukan :) 

Biah solehah. Rasa nya ramai dah tau kan? Suasana atau persekitaran yang baik. Tu lah maksudnya. Baik tu mestilah kena dgn syariat islam. Saya rasa untuk mencapai biah solehah tu, pertama sekali, diri kita yang kena berubah. Individu, then family, then barulah masyarakat. Betul dak? Hehe. Biah solehah ni saya rasa dapat elakkan diri kita dari berprasangka buruk dengan orang lain. Bahkan dapat elak diri kita dari melakukan ghibah (mengumpat) dan buhtan (fitnah). 
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda, “Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?” jawab Baginda, “Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Nauzubillah, moga kita dijaukan dari melakukan dosa dosa besar tersebut. Sebab tu saya rasa family yang ada suasana dan persekitaran yg baik ni, ialah keluarga yang penuh dengan sakinah and mawaddah (kasih sayang). Saya berharap family saya tergolong sebagai keluarga yang sakinah. Inshaallah ! Tiada apa yg diharapkan kami selain dari redha Allah swt :) 

Ma & Abah + 10 orang anak + 9 orang menantu + 26 orang cucu. 
Oh Allah, guide us to the right way. Jadikanlah kami keluarga yang sakinah. Kurniakanlah kami biah solehah. Hanya keredhaanMu yang kami harapkan. Ameen.


sebenarnya, saya rindu pada this person. hehe. my abah. the coolest person ever! abah sokmo. and funniest too! tapi rasanya, kami adik beradik x pernah kot tiba2 call umah, then bagitau abah, abah, 'rindu laaa ko abah'  (rindu la kat abah). hehe. sbenarnya, ami rindu and ingat sokmo ko abah :)


bubye
Ahlami

p/s: sambil menanti utk sahur 11 ramadhan. mashaallah 11 ramadhan doh deh? cepat nyoo laa masa berlalu..

Monday, July 30, 2012

Bulan puasa pon berjalan jugak ke?

Assalamualaikum wbt

Hi everyone :)

Weekend sabtu 28july, saya dan suami sempat pegi Mount Zao. Kat situ ada okama (kawah) kesan gunung berapi iaitu gunung Zao tu la. Saya pon x brapa faham jugak sbenarnya bagaimana okama itu terbentuk. Hehe al maklum lah ketidakfahaman bahasa jepun kan. Boleh rujuk sini, Okama crater lake. Tapi on the way ke sana, al maklum laa gunung kan, jalan memang berbelit mcm ular lah, saya dah la mmg jenis ada movement sickness, so uwweeekk jgk laa saya dalam dok tahan2 tu. muntah skali. lepas tu, dah smpai atas tu plak, kena naik benda alah tu plak, scary jgk sbenarnya (boleh rujuk gambar kat bawah), lepas tu kena daki sket lagi plak, dgn batu bata yg agk banyak and tanah sedikit licin, so mmg kena extra careful. Fuhh mmg mencabar sebelum nak sampai tgk pemandangan yg cantik tuh. hihi. Takpe laa, exercise utk ibu mengandung 34minggu nih :P

Salah satu sebab kami ke sana ialah kerana ada tetamu dari Saitama, iaitu kak umie sefamily yang datang berkunjung ke Yonezawa :) alhamdulillah, murah rezeki tetamu datang berkunjung kan? Kak umie sampai umah petang jumaat tuh, so sempat la berbuka puasa bersama-sama, dan kami sempat juga jemput tukang masak terkenal yonezawa, Kak As sefamily untuk iftar bersama kami. Alhamdulillah, kak as ni memang lah pemurah orangnya, macam2 kuih di bawak nya :) Alhamdulillah rezeki kan, plus dapat berbuka puasa, and berterawih bersama, terasa lagi keberkatannya :) Kak as jugak sempat jamu kami hari sabtu malam tu dgn moreh yg istimewa iaitu mee bandung muar ! alhamdulillah, dapat jugak saya makan mee bandung yg memang betul2 orang muar yg buat. Oishikatta kak as ! :)

Hari ahad nya, kami bawak kak umie round round kat area yonezawa aja. Cuaca yang agak panas minggu ni (memang summer sudah menunjukkan belang nya hehe), tak berapa mengizinkan untuk berjalan jauh. Okay la kot kan kak umie ? Hehe. 

Okla, jom layan gambar, lama dah x masukkan gambar dalam entri blog kan? Hehe. Dulu kemain sukaaa nak masukkan gamba hehe


ni kak umie sefamily :)

 ni laaa okama crater lake kat mount zao 

nak sampai ke okama tuh, kena naik benda ni dulu. Huhu tengok la mak buyong ni dgn beraninya naik benda alah nih. 

mak buyong kepenatan

kak as yang kat tengah2 tu :)



okay, tu je kot utk sementara waktu :) tadarus dah juzuk brapa? hehe


bubye
Ahlami


Wednesday, July 25, 2012

While waiting

Assalamualaikum wbt,

Hi everyone :)

It's 1.40am now in Japan while I am typing this out. I have like 30minutes to finish this off, and wake my darling up for sahur. Yes, subuh prayer will be at 2.51am. So, anytime by now we can start our sahur. Awal kan? Takpe, berbuka nanti pukul 6.56pm inshaAllah :) Alhamdulillah setakat ni x tinggal lagi puasa :)

Lately ni susah sangat nak tidur sebelum sahur. Al maklum lah kena bangun sahur awal kan. Encik husband sebab dia penat kerja, so pkul 12 tu dah memang kroh kroh dah. Sekarang ni pon syok je tengok dia tidur. Kita yang tak boleh tidur ni, update blog aje la kan. Hihi.

Really, tak tahu nak update ape. Tapi tiba tiba rasa syukur diberi peluang untuk berpuasa di Jepun nih. As far as I'm concerned with my surroundings, comparing Japan and Australia, ada bezanya. Australia kalau dari segi bab makanan memang serba serbi mudah, from the raw ingredients to the ready made food. Banyak boleh makan. Japan is a bit difficult and challenging I should say, and most of us akan dapat sumber bahan bahan nak masak ni from online shop. Agak leceh, tapi ada advantage jugak which is tak payah susah susah angkat barang shopping hehe. Tapi bukan semua benda yang kita nak ada jugak kat online shopping tuh. So, kena banyak bersobarrrr. Hehe

So bila time nak masak sesuatu meal tu and takde bahan nya, x best lah kan, surely will remind my time being in  Adelaide. Senang nye laaa kan. Tapi sebenarnya nak lagi senang, haaaa kat Malaysia la, cakap je nak kuih ape, tunjuk je kat bazaar ramadhan tu :P

Alhamdulillah, tinggal di oversea ni mengajar kita lebih independent and creative. Lama-lama kita akan rasa biasa and adaptive. InshaAllah :)

Oh yer, hari ni genap 26 orang cucu ma and abah saya ! Alhamdulillah, murah rezeki :) Congrats to my sis, Halilah and her husband, as well as their kids, surely riuh rendah rumah tu dapat adik baru :)

Bubye
Ahlami

Monday, July 23, 2012

Berpuasa and tour di Hospital

Assalamualaikum wbt.

Hi everyone :)

Kalau kat Japan, sekarang hari ke 3 berpuasa di bulan Ramadhan. Sama je ngn Malaysia. Kalau xsilap, Japan ni selalunya memang ikut Malaysia bab menetapkan tarikh puasa and raya sebab Malaysia is the nearest islamic country. Hmm bagus jugak, at least dpt raya sama2 ngn org Malaysia. Hehe :)

Hari ni hari ke 3 saya berpuasa sebagai ibu mengandung. Alhamdulillah. Day 1 went well. Day 2 pon okay jugak, despite byk berjalan ke sana sini, sebab ada check up ngan my gynae, iaitu semalam la. Lama plak kat hospital tu sebab semalam ada a few things kena buat. 
  1. Check up macam biasa lah dgn sensei
  2. Jumpa chef kat hospital tuh, dia tnya mcm2 laa benda yg kita nk makan, yg xboleh makan, and bleh request la makan ape2 contohnya nk strawberry sundae ke (hehehe) sepanjang 7hari 6 malam kat hospital tuh. 
  3. Jumpa nurse, utk explain pasal video proses kelahiran bayi. Very detailed! From the first pain you will receive, till part yg jahit2 tu semua. Alhamdulillah, xdela kowai (scary) sgt. Hehe 
  4. Pegi tengok bilik menunggu sebelum bukaan betul2 10cm, and tengok labour room jgk. And dia tnya nak aroma fragrant apa kat dalam blik and labour room tuh. Perghhhh sampai ke aroma pon dia tnya.
  5. Tengok wad atau bilik ibu&bayi sepanjang seminggu kat spital tu lah. ada 2 type je, yg biasa, and yg special. yg special tu mahal sket la. saya rase nk duduk bilik biasa aje, sbb tu pon dah ckup lengkap dah and luas and selesa :)
So begitulah al kisahnya tour di Shimanuki Clinic, Yonezawa :) So far, nurse kat situ mmg smua nya baik2 and cakap lembut2 aje. Xpaham mmg diorg explain satu2. Tapi mmg saya x paham pon sbb diorg ckp jepun haha. Tapi xpe, encik hubby kan ade. Ngeh3.
Oh the entry is getting tedious. Boring baca kan? :P InshaAllah nanti update lg. 


Bubye
Ahlami

p/s: hari ni nak buat gulai kurma ayam and goreng ikan je kot. and kuih puding mix fruit and cekodok pisang, inshaAllah :)

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum wbt,

Hi everyone :)
Alhamdulillah, tomorrow will be our first day of Ramadhan and of course will be my first Ramadhan experience in Japan.

Last year berpuasa di Malaysia setelah a few years back berpuasa di Australia. Berpuasa kat Malaysia mcm biasa la, tempoh puasa tu xde laa lama and xdela sekejap sgt kan. Puasa kat Australia la, when it was during my studies time, year 2007-2010, the time was heading closer towards winter, so, i consider it to be puasa sekejap jugak lah. Kalau x silap in year 2010, sahur pkul 5am, and pkul 6pm dah bukak puasa dah :) So x penat sgt lah.

Anyway, this year saya buat pertama kalinya puasa di Jepun, pertama kalinya berpuasa sebagai seorang isteri dan pertama kali jugak berpuasa sebagai pregnant mother :) What an experience kan? And ditambah lg berpuasa pada musim panas. Jepun sekarang ni musim panas :) Tapi Alhamdulillah, waktu berbuka puasa di jepun pada musim panas ni takdela lambat sangat. 1st day of Ramadhan buka puasa pada jam 6.58pm. Cuma nya waktu subuh yg awal, around 3am menyebabkan kami berpuasa lebih kurang 15-16jam lah sehari. Huhu, semoga saya kuat untuk berpuasa. Harapannya dpt lah berpuasa penuh tahun ni :) InshaAllah selagi mampu ! Tapi xpe, as day goes by, waktu subuh tu akan makin lambat, and waktu maghrib akan makin cepat. So x terasa sgt kot letih  berpuasa :)

Hmmm kuih2 frozen mcm popia and karipap baru je buat semalam, dengan harapan xdela spend masa lama sgt in the kitchen bila puasa :) Kalau xlarat, bleh mintak tolong hubby je gorengkan :) 

Anyway, diucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin muslimat di luar sana. Semoga kita mendapat ijazah taqwa yg diidam-idamkan. Semoga pintu ar-rayyan terbuka luas utk kita. InshaAllah :) 

Bubye
Ahlami

Wednesday, July 18, 2012

Alahai, apa sangat lah kan?

Assalamualaikum !


Hi everyone ! Haihhhh so long, here I am again with my new own post. Same reason, same cause, just because so many things have happened lately, confusing myself when to post up my new entry. Heh Heh. Tapi tu la kan, tengok orang lain relax je boleh update blog bila bila masa. Anytime, with some interesting outputs and infos plak tuh. I was just blank and lost ! Haha.


Today marks my pregnancy to be 32weeks 4 days to be exact and precise :) Alhamdulillah, so far everything is under control. The baby and myself. Except the fact that I have to bear the fatigue and tiredness throughout the day. And at nights, difficulty of having that deep sleep that I used to. But those difficulties and chaos are just part of pregnancy and normal. So as for myself, keep thinking that other expectant mothers out there have survived this, so what is it for myself? Hehe. Orang lain lagi byk yg susah kan. Anak ramai lg, pastu pregnant lagi, so apa sangat lah saya nih. Kecik aja masalah nya. Plus, kan ada hubby yg always ready to dengar luahan hati kita nih. So ape sangat lah kan. Hehe.


So, to keep myself calm and peaceful, mari kita zikrillah. I find it very relaxing and calm bila dgr bacaan Al-Quran. Paling best so far ialah Mishary:s recitation. Hubby la yg introduced. My baby and I love it so much ! Alhamdulillah :)


Oh yes, my 4th sister, kaklah is also expecting and the EDD is just around the  corner. Xlama dah  tuh, tunggu masa je. Tahun ni rasanya paling ramai kot cucu cucu atuk nenek will be born :) 4 inshaAllah hehe


Masa celebrate my birthday. Disneysea :) Arigatou ne abg sayang ! Mmmuahss



Okay, that's all for now. 


Bubye
Ahlami